Pertandingan Memancing Kolam Sri Kantan

Akan diadakan pertandingan memancing pada 1/3/09 di Kolam memancing Sri kantan. Semua kaki pancing boleh turut serta. Bayaran RM 35 satu joran. Masa memancing 4 jam. Hadiah dari tempat pertama hingga ke 10. Tempat pertama RM800! Pemenang dikira sebagai ikan terberat. Semua kategori ikan dipertandingkan (keli,rohu,pacu,patin,tongsan).

Ni best ni kalau buat team. Katelah kalau menang, kita devide kan hadiah-hadiah tu. Tapi kalau tak menang kita devide umpan tuk mancing lombong lak :D

p.s Tuah ayam nampak dikaki, tuah kaki pancing nampak kat mana? Tentu pada umpannya....

Rohu Liar UTP

Petang ni kami nak wat projek baik punya. Mancing di Old V5. Port tu kami penah tengok senior-senior bergambar dengan hasil tangkapan diorang. Buleh tahan jugak la hasil. So petang tu kami pun turun situ tepat pukul 6 petang.

Sesampainya disitu, kami tengok port ni memang best. Air tenang dan berkocak-kocak dek sekumpulan ikan yang tengah main dipermukaan air. Punye la geram. m@ntra dengan art pun try main casting rapala. Budak kampung dan Apis lak guna cacing nak test ikan apa yang ada kat situ.

Tengah syok-syok casting, tetiba lak ada satu kocakan yang agak besar kat tengah kolam. Dari segi gaya kocakan, kami tengok macam seolah-olah toman. Art dan m@ntra tak habis-habis casting kat port tu. Tapi sayang sekor ikan pun tak naik. Talapia ada la 4 ekor hasil tangkapan Budak kampung and Apis.

Tukar Stratergy
Bila tengok apis tukar umpan cacing kepada roti, m@ntra terpikir nak guna teknik bottom yang selalu dipraktis memancing kolam. Lagi -lagi, serbuk bau pandan pun ada lagi saki baki. Then kami semua gunakan roti yang dipotong empat segi dan dicampur sikit dengan serbuk pandan.

Rohu 5 kg


Baru je letak umpan tak sampai 10 minit, pancing m@ntra disambar dengan rakus dan ditarik hingga ke hujung kolam. Walaupun dah set drag 50%, tapi tarikan ikan ni memang lain macam. Lepas 5 minit baru la ikan ni nak mengalah. Bila diangkat naik, waw tak sangka sini pun ada rohu! Rupanya yang disangka toman tadi bukan toman. Tapi geng-geng rohu yang sedang rancak bermain-main air.



Naik lagi Rohu




Selang 15 minit selepas Rohu pertama didaratkan, kali ni pancing Art pulak disambar. Tapi kali ni tarikannya memang lain macam. Mungkin ni Rohu jantan kut! Art bermandi peluh bertarung ngan si Rohu jantan ni hingga hampir 10 minit, barulah si Rohu tewas.


Ini lah hasil tangkapan kami hari tu. Seekor kami lepaskan balik untuk jaga populasi rohu di kolam tersebut. Walaupun masa singkat, tapi main rohu yang agak liar ni memang menyakitkan tulang belikat. Chow...


Lombong depan UTP ( 6 Feb 2009 )


Kami sekumpulan terdiri Art, m@ntra, apis, bdak kampung dan Alamin pegi ke port lombong depan UTP. Kami kuar pukul 5 dan petang tu cuaca agak baik. Air pun nampak naik memandangkan tengah hari tadi dah hujan. Art pun seperti biasa try untuk men casting rapalanya mana taw ada PB menyambar. Sebelum ni, rapala art pernah disambar dengan PB tapi tak lekat. Sebab tu la dia gian sampai skang nak cari si PB tu.



Aku dan geng2 lain just guna umpan cacing. Pasal kami tengok banyak talapia sedang bermain kejar2. Jadi kami try main dekat-dekat je guna pelampung.



Apis terkena PB


Jam menunjukkan pukul 7.00p.m. Tanpa disangka2, apis yang sebelum ni takda sekor ikan pun yang sambar umpan dia, kali ni seekor PB rakus menyambar umpan cacing yang dicastingnya secara slow motion. Kami semua agak menggelabah pada waktu tu sebab tak nampak lagi ikan apa yang menyambar umpan beliau. Bila diangkat, rupa-rupanya PB yang bersaiz remaja. Punyalah happy tak teringat bila tengok port yang kami mancing tu ada juga spesis PB.

Hasil yang tak seberapa


Walaupun tiada seekor ikan pun yang bersaiz monster, tapi kami puas hati jugak la apabila 5 ekor talapia dan seekor PB berjaya didaratkan. Mungkin port kami tu bukan lubuk ikan Monster. Tapi kami akan cuba cari lagi port monster-monster ni. Chow..

About us

Selamat datang ke blog team newbie Joran. Kami terdiri daripada pelajar-pelajar UTP yang sangap nak cari port mancing yang ada banyak ikan. Kami terdiri daripada :

  • Art
  • Budak kampung
  • Hafis selambe
  • m@ntra
Sapa- sapa yang nak join kami amat dialu-alukan. Aktiviti kami cuma dilakukan pada waktu-waktu petang dan waktu lapang sahaja. Dan Kami amat alu-alukan sapa-sapa yang ada cadangan port mancing yang paling best kami boleh pegi.