Petang ni kami nak wat projek baik punya. Mancing di Old V5. Port tu kami penah tengok senior-senior bergambar dengan hasil tangkapan diorang. Buleh tahan jugak la hasil. So petang tu kami pun turun situ tepat pukul 6 petang.
Sesampainya disitu, kami tengok port ni memang best. Air tenang dan berkocak-kocak dek sekumpulan ikan yang tengah main dipermukaan air. Punye la geram. m@ntra dengan art pun try main casting rapala. Budak kampung dan Apis lak guna cacing nak test ikan apa yang ada kat situ.
Tengah syok-syok casting, tetiba lak ada satu kocakan yang agak besar kat tengah kolam. Dari segi gaya kocakan, kami tengok macam seolah-olah toman. Art dan m@ntra tak habis-habis casting kat port tu. Tapi sayang sekor ikan pun tak naik. Talapia ada la 4 ekor hasil tangkapan Budak kampung and Apis.
Tukar Stratergy
Bila tengok apis tukar umpan cacing kepada roti, m@ntra terpikir nak guna teknik bottom yang selalu dipraktis memancing kolam. Lagi -lagi, serbuk bau pandan pun ada lagi saki baki. Then kami semua gunakan roti yang dipotong empat segi dan dicampur sikit dengan serbuk pandan.
Rohu 5 kg
Baru je letak umpan tak sampai 10 minit, pancing m@ntra disambar dengan rakus dan ditarik hingga ke hujung kolam. Walaupun dah set drag 50%, tapi tarikan ikan ni memang lain macam. Lepas 5 minit baru la ikan ni nak mengalah. Bila diangkat naik, waw tak sangka sini pun ada rohu! Rupanya yang disangka toman tadi bukan toman. Tapi geng-geng rohu yang sedang rancak bermain-main air.
Naik lagi Rohu
Selang 15 minit selepas Rohu pertama didaratkan, kali ni pancing Art pulak disambar. Tapi kali ni tarikannya memang lain macam. Mungkin ni Rohu jantan kut! Art bermandi peluh bertarung ngan si Rohu jantan ni hingga hampir 10 minit, barulah si Rohu tewas.
Ini lah hasil tangkapan kami hari tu. Seekor kami lepaskan balik untuk jaga populasi rohu di kolam tersebut. Walaupun masa singkat, tapi main rohu yang agak liar ni memang menyakitkan tulang belikat. Chow...
Rohu Liar UTP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment